Welcome to my blog.Enjoy my blog while you're reading it. :)Folow | Dashboard
HAZIRAH JAYADI♥: February 2012

Monday, 20 February 2012

warkah dari seorang penuntut

Selamat Tengahari wahai warga alam maya sekalian yang cantik dan handsome.Awak semua sehat??Awak semua dah makan??Awak semua dah solat?? Kalau yang dah selesai menunaikan tuu..Alhamdulillah.Yang belum lagi tuu,segeralah berbuat sedemikian.Alhamdulillah.saya dah selamat menunaikannya.As usual,hari ni ade kelas.ade satu je.Kelas Arab.best sangat.belajar bahasa syurga.Haruslah bestkan??Hari ne,saya ade koko.tapi,tak boleh nak pegi lagi.sebab kaki still sakit .saya tak pergi x-ray lagi lah.babah & mak risau. And one more thing,saya tak ada lagi baju taekwondo.so,tak nak lah pegi without uniform.tak smart lah nanti.kan..kann.masa saya tulis entri ni kann,saya tengah dengar lagu Afgan-Terima Kasih Cinta.Serius,saya teringat kat si dia yang telah lama menyepi.dah 4 bulan kiteorang tak contact.sangat sedih.saya ada gambar dia je.Jadilah,sebgai pengubat rindu.Saya selalu doa kat Allah S.W.T. agar dia kembali kepada saya.Walau sebesar zahar & sebesar alam kesalahan dia pada saya,saya dah maafkan dia sejak hari pertama dia buat salah kat saya.Saya tak nak dendam apa-apa kat dia.Sebab saya sayang dekat dia.Okayy lah awak semua,hari ni saya tak rasa nak story pasal diri saya.Sebab saya nak share dekat awak semua tentang sesuatu.Saya copy ne daripada seseorang hamba Allah S.W.T.saya minta izin dari dia tadi.Terima kasih banyak Muizz Qaishah..Sebab  bagi copy cerita ne dari blog awak.

SURAT BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR DARI SEORANG PELAJAR ! WAJIB BACA ! Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali 
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 


Saya harap sangat awak semua baca ye.Kadang-kadang kita ni tak pernah nak fikir tentang orang susah bila kita hidup senang? By the way,saya tak merujuk mana-mana pihak.Lagi satu,saya tak nak bukak isu pasal politik kotor,politik makan rasuah or what else kan.Ape yang saya nak,awak semua sedarlah.Okayy,sayang??
Okayy.Mata saya dah penat sebab tolong kawan pengsan tadi.Saya nak rehat.Anhyong,chingu..     





Thank You sebab sudi baca entry saya yang tak seberape ni.Kalau nak like dipersilakan

Saturday, 18 February 2012

// Kaum Hawa Pelengkap Hidup Kaum Adam //


Annyong haseyo!! Hai awak semua.Tiba-tiba kan,awak..Saya jadi rajen nak tulis hari ni.Tak tahu sebab ape.Awak semua sehat? Saya lapar lah awak.hahaha.Eh,awak.dua hari lepas kawan + saudara saya meninggal dunia.Awak semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah boleh takk?? Terima kasih awak semua.Saya sedih sangat sebab tak dapat balek.Saya nak tengok sangat masa sebelum arwah dikebumikan.Nanti,balek cuti.Saya nak ziarah kubur dia.Saya nak ajak abang saya ziarah kubur arwah.okayy lah awak,saya tak nak cerita panjang lebar tentang arwah.Sebak pulak.By the way,marilah kita sama-sama mendoakan agar roh arwah Habibah Binti Abdul Kadir tenang di sana.Saya sentiasa merindui arwah.Dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.InsyAllah.Dan semoga keluarga arwah tabah menempuhi dugaan dari-Nya.

Back to the real title.Today,i would like to share with you all about Kaum Hawa.Tarik nafas dalam-dalam.then hembus.oh yeahh..tak cergaslah hari ne.sebab kaki saya sakit sangat.I need to make an appoinment with a doctor.Because,my leg sangat sakit.Nak pegi klas pun susah.And one more thing,kawan-kawan saya semua tanya pasal kaki saya.Haih !! kawan-kawan.By the way,i  really appreciate with your concern.Thank you so much sayangs.Orait.Nak sambung balek pasal Kaum Hawa pelengkap hidup Kaum Adam.
KETAHUILAH..
Allah dah anugerahkan dalam diri setiap perempuan sifat rahmah..sifat penyayang..Walaubagaimanapun kasarnya dia pada mata orang,tapi masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang..Bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok..Dan bengkoknya itu bukan bermaksud satu kekurangan,tetapi sebenarnya satu penyempurnaan.Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung..Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung dan paru-paru.Dalam erti kata lain,terciptanya seorang perempuan itu secara semulajadinya dua sifat tadi juga ada di dalam dirinya iaitu penyayang dan pelindung.Oleh sebab itulah perasaan perempuan itu halus.Kerana adanya dua sifat itu jugalah,maka seorang perempuan sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan karenah anak-anak.Bersabar apabila hatinya digores atau dikecewakan oleh mereka.Yang mana  tak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.Sebenarnya bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya.Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalamnya pun akan bengkok juga,malah lebih bengkok daripada orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.Perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga tidak layak untuk lelaki yang faham agama,lantas berusaha memperbaiki dirinya.Dia sedar yang dia bukan lahir dalam keluarga yang kuat latar belakang agamanya.Justeru,dia berusaha keras untuk menjadi perempuan yang baik. Dan pastinya dengan caranya tersendiri.Dalam diam,berharap satu hari nanti dia juga akan menjadi bidadari syurga untuk lelaki yang mampu melihatnya sebagai bidadari.
BIDADARI DENGAN CARA DAN GAYANYA YANG TERSENDIRI.


I miss you so much,yen.My sincere prayers always be with you,yen.I always love you even though you can't love me back like before.Honestly, I still waiting for you dear.Sincerely,you always my sweetheart..



Thank You sebab sudi baca entry saya yang tak seberape ni.Kalau nak like dipersilakan

Friday, 17 February 2012

Ouchh.Saengil Chukka Hamnida //





Yuhuu.yuhuu..Selamat Hari Jumaat semua.Saya minta maaf sangat sebab dah terlalu lama tak update blog.Almaklumlah,saya kan student lagi.So,saya tak punya banyak waktu untuk tulis blog.hee~ Sape rindu saya? Sila angkat kening..Jeayyahh.Eh,awak semua.Saya minta maaf sekali lagi.Sebab saya dah officially deactivate akaun facebook.Kenapa saya deactivate? Saya tak akan jawab soalan anda itu.Saya ada alasan tersendiri untuk deactivate akaun tersebut.Kalau rindu saya,cari saya kat twitter.Saya kan retis,so tweet  tweet saya je.Saya balas.Jangan risau.Saya tak sombong.Hoyyeaahh..Gediks kann?? Hari ne,saya nak buat iklan lagi lah.Eh,awak tahu tak saya adore & minat sangat kat lecturer  Komunikasi.Bukan sebab ape.Saya suka tengok je.Okayy,uolls nak cakap saya gatal? Nevermind.Saya memang sejak azali gatal.Hahahaha.Sila penyepak laju-laju pada saya.Semalam ade kelas kom,saya usha lecturer tuu lame-lame.hee~ Gatal sangat.Suka tengok dia senyum.So sweet.




Okayy berbalik kepada tajuk entri saya.Saya tulis blog hari ne pun sebab saya nak buat entri khas untuk sahabat saya.Saya sayang dia.Sayang sangat.Sebab dia sahabat saya.hehehe.Actually,saya dengan dia rapat mase form 4.Sebab kiteorang satu kelas.Awal-awal tahun,kiteorang suka pakai beg sama.Gather pergi kelas sesama .So close kann,uolls?Okayy nama sahabat saya ne,Shafina Parwiz Kausar.Uolls boleh wishkan birthday dia takk??Say it with me,Happy Birthday Shafina!!May Allah bless & be with you always.Sekejap,tibe-tibe terlupa pulak.Ermm,ape yang kiteorang buat ea mase birthday dia??Btw, rindu sangat nak celebrate birthday kawan-kawan masa sekolah.Sebab masa sekolah punye birthday adalah paling awesome..Sebab masa tuu,macam-macam cara kawan-kawan nak sambut birthday.Ade yang kena campak dalam kolah.kesian junior tak dapat mandi kolah.hahaha.#Jahat sekejap.Ade yang kena siram air dari tingkat atas.Tak pasal-pasal kena mandi malam-malam.Dah kena teman dia mandi.Takut punye pasal kan.Ade yang rajen sikit,beli tepung.Lepas tuu,konon-konon panggil kawan tuu datang dorm.ade hal katenye.yang kawan lagi sorang dah get ready nak baling tepung.kawan yang tukang bawak pun kena jugak.So,both of them kena mandi.Padan muka.hahahaha..Memori sambut birthday masa sekolah adalah antara memori paling best.


Nah,kek birthday.satu dah kena curi lah.hehehe.Tak lah,nanti i belanja you dengan ama ea.Serius,tak tipu.hee~ Lastly,Happy Birthday sayang.Semoga sihat-sihat selalu.Thanks a lot for being my bestfriend.I love you so much my friend.Thanks sangat sebab selalu ada untuk i..Honestly,you are the bestfriend i ever had.Forget me not yaa.. I always remember you..Semoga jadi anak yang solehah,okayy?? Be nice daughter,InsyaAllah nice wife & nice mom.Have a blast & great day.Paling penting,hargai umur belasan anda.. :)) 



Mohon cari saya di Twitter yaa?? Btw,saya merindukan encik yen saya.I always love you encik yen sayang.love you.love you so much.. :))

Thank You sebab sudi baca entry saya yang tak seberape ni.Kalau nak like dipersilakan

This Blog is Protected. Copyright 2012